Tentang Kami

SoCantik.my adalah sebuah portal berita kecantikan sosial yang dibangunkan oleh Woman Lab Asia Sdn Bhd dan mula diperkenalkan sejak 12 Disember 2020.

SoCantik.my diilhamkan bertujuan berkongsi pelbagai informasi serta berita terkini tentang dunia kecantikan serta gaya hidup yang mampu memberi ilham cantik secara lebih menyeluruh.

Cantik bukan hanya pada penampilan luaran yang dibantu oleh penggunaan pelbagai alatan kosmetik serta rangkaian produk kecantikan semata-mata.

SoCantik.my mengupas aspek kecantikan secara lebih menyeluruh yang merangkumi, gaya hidup sihat, kesihatan dan perawatan kulit wajah, rambut, tubuh, berat badan ideal, kesihatan dan kecantikan oral. Malah, tidak dilupakan juga gaya hidup dan trend fesyen terkini.

Seiring dengan perkembangan dunia kecantikan global, SoCantik.my ingin memastikan seluruh wanita di luar sana mampu memperoleh sumber berita serta informasi paling tepat berkaitan dunia kecantikan, tips & trik solekan serta membongkar rahsia kecantikan para selebriti dan influencer popular dari seluruh dunia.

Dari pelancaran produk kecantikan hingga trend estetika terkini, SoCantik.my mempunyai semua maklumat yang wajib diketahui oleh setiap wanita merentas umur, latar belakang dan budaya.

SoCantik.my bakal menguasai industri kecantikan era digital yang serba pantas.  Menyediakan platform cantik dan sihat secara virtual sekali gus menjadi inspirasi buat para wanita untuk menzahirkan versi cantik yang sebenar dari dalam diri mereka.