Baru-baru ini, hangat diperkatakan tentang sambutan menakjubkan terhadap menu hidangan McDonald’s dengan kolaborasi kumpulan K-Pop BTS.

Mula diperkenalkan pada 26 Mei lalu, rata-rata peminat BTS memang dah tak sabar mendapatkan set edisi khas ini dan difahamkan ada yang sanggup beratur panjang untuk mendapatkannya.

Apa yang menarik adalah reaksi peminat yang teruja memuatnaik gambar di sosial media kejayaan mereka mendapatkan hidangan itu. 

Walaupun yang membezakan menu kolaborasi ini hanyalah dalam bentuk pembungkusan dan sos nugget sahaja, kalau dah namanya peminat tegar atau collector, semua ini adalah item yang wajib dimiliki.


Tak kurang juga yang menjual semula kotak bungkusan, kertas pembalut dan cawan kertas, malah straw pun turut dijual. Rakyat Malaysia memang tak pernah tak kelakar!

Selain itu, terdapat pelbagai cara kreatif pembeli yang mahu menyimpan bungkusan edisi khas ini, paling tak terfikir menjadikannya sebagai dekorasi casing telefon. Kreatif, bukan?

Tinjauan di platform e-dagang seperti di Shopee, Carousell dan Mudah.my pula mendapati ada penjual yang menjual semula dengan harga yang tak masuk akal. Hairan juga kalau ada yang sanggup membelinya. 

Menerusi laporan koreatimes.co.kr untuk endorsement domestik sahaja, BTS dibayar antara 3 bilion won (RM11.1 juta) dan 5 bilion won (RM18.5juta), menurut sumber industri. 

Iklan McDonald mensasarkan sekitar 50 negara di seluruh dunia dan BTS dijangka menerima sekitar 10 bilion won (RM37 juta) dalam promosi francais makanan segera Amerika Syarikat ini.

Gambar Korea Times

Kerjasama BTS dengan jenama ini nampaknya membuahkan hasil memandangkan pangkalan peminat BTS yang kuat di seluruh dunia termasuklah Malaysia. 

Matlamat jangka pendek McDonald’s adalah untuk mempromosikan imej jenama ini dan menarik 34 juta peminat BTS seluruh dunia.

Daebak! Memang tak salah francais makanan segera ini memilih BTS dalam kolaborasi sebegini. 

Isz Yusliza

Senior Writer

Be your own kind of beautiful.

No Comments Yet

Comments are closed