Pencapaian luar biasa wanita jelita ini memang harus dibanggakan. Mana tidaknya, hanya dalam tempoh kurang dua tahun dia sudah berjaya mencipta nama sebagai pengasas produk skincare yang berjaya.

Namun, lebih manis kejayaan itu disusuli dengan impiannya melahirkan ramai usahawan wanita yang menjana pendapatan sehingga 7 angka menerusi jenama produk dikeluarkannya, Dermova.

Pemilik nama Shazreeyana Shukri, 36, mengakui tidak pernah menyesali tindakannya berhenti ketika tahun akhir sebagai pelajar medik lebih 10 tahun lalu demi mengejar cita-citanya sebagai jurusolek.

Bukan sikit yang meragui keputusannya itu, apatah lagi bidang perubatan pasti menjanjikan kerjaya profesional yang dipandang tinggi di mata masyarakat.

Lebih gemar membahasakan dirinya sebagai Kak Love, dia menjelaskan bidang perubatan tidak lagi menarik minatnya apatah lagi ketika itu dia sudah pun bergelar isteri dan ibu kepada seorang bayi. 

“Sebenarnya, saya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan semata-mata kerana impian arwah ibu yang mahu salah seorang anaknya bergelar doktor.

“Saya tidak menolak apabila mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Volgograd State Medical University, Russia selama setahun sebelum kembali ke tanah air dan menyambung pengajian di kolej bersekutu Universiti Malaya.

“Saya berkahwin pada tahun akhir pengajian, hamil dan selepas bersalinkan anak pertama saya cuba meneruskan pengajian selama enam bulan. Saya merasakan bidang ini tidak lagi membuatkan saya rasa gembira, dan nekad untuk berhenti belajar,” katanya.

Menurutnya, pada 2010 dia mula berjinak sebagai jurusolek dan menimba pelbagai pengalaman antaranya jurusolek untuk majalah, pertunjukan fesyen, pengantin, photoshoot selebriti selain aktif dalam penganjuran kelas mekap di Malaysia, Singapura dan Australia.

Timba pengalaman menjual produk orang lain

Dia tidak terburu-buru mahu memiliki skincare jenama sendiri sebaliknya belajar menjual barangan orang lain terlebih dulu.

Ini kerana, wanita ini pernah berdepan pengalaman buruk dalam perniagaan butik pakaian disebabkan tiada ilmu dan strategi yang betul selain masanya lebih banyak ditumpukan pada kerjaya sebagai jurusolek.

Meskipun tidak berjaya dalam perniagaan pakaian, Shazreeyana menganggap kegagalan itu sebagai pengajaran agar dia tidak mengulangi kesilapan sama. 

Pada 2016, dia memberanikan diri menjual barangan secara online, menjadi stokis dan berjaya membuat jualan sehingga RM1.2 juta hanya pada tahun pertama.

Banyak ilmu yang dipelajarinya ketika itu termasuk cara merekrut team, membuat pemasaran dan menguruskan syarikat hinggalah dia benar-benar bersedia dan memberanikan diri mengeluarkan produk sendiri pada 2019.

“Dermova lahir dengan saya sendiri menjadi uji kaji bagi masalah kulit yang saya hadapi. Selama setahun R&D dilakukan bagi mendapatkan hasil yang benar-benar berkualiti, selamat tanpa bahan kimia berbahaya di kilang yang sah dan berstatus GMP,” katanya.

Shazreeyana mengakui ketika mengikuti bidang perubatan sebelum ini, dia berminat dalam pengkhususan dermatologi dan sering mengkaji bahan yang terdapat dalam skincare.

Katanya, produk pertama Dermova iaitu pelembap menerima sambutan yang begitu menggalakkan dan pelanggan rata-rata adalah pembeli berulang.

“Saya nak buat skincare yang dapat atasi jenis kulit macam saya iaitu sensitif, kombinasi kering dan mudah berjerawat, jadi saya mahu produk pertama ini sesuai untuk kulit saya,” katanya.

Kongsi rezeki hingga lahirkan jutawan 

Shazreeyana berkata, ramai yang sudah menjana pendapatan dengan Dermova dan menerusi team Shazreeyana Shukri Millionaire (SSM), kira-kira lima leader yang berjaya mencapai RM1 juta pertama hanya dalam tempoh setahun setengah sejak jenama itu diperkenalkan.

Baginya, tujuan utama mewujudkan sistem ejen adalah untuk membantu lebih ramai menjana pendapatan kerana ramai antara mereka adalah pengguna produk itu sendiri.

Di atas kepercayaan terhadap produk itu sendiri, maka lebih mudah mereka menjual dan bekongsi kebaikan produk.

Baginya kini bukan lagi soal duit atau mahu kaya seorang, kepuasan dan kejayaan sebenar dirinya apabila melihat pencapaian usahawan menggapai impian mereka.

Menurutnya, tiada yang lebih menggembirakan apabila ramai usahawan di bawahnya mencapai sasaran jualan hingga tujuh angka, bahkan ada yang mampu membeli rumah secara tunai, kereta, barang kemas serta membantu meningkatkan ekonomi keluarga.

Baginya kini bukan lagi soal duit atau mahu kaya seorang, kepuasan dan kejayaan sebenar dirinya apabila melihat pencapaian usahawan menggapai impian mereka.

“Seronok tengok mereka dengan kehidupan yang lebih baik, ada simpanan. Itu yang sedarkan saya untuk bekerja lebih kuat bagi menghasilkan produk yang bagus, sentiasa memberi ganjaran seperti percutian, barang kemas, wang tunai dan banyak lagi untuk menyuntik semangat mereka.

“Syarikat juga sediakan reward untuk team leader yang berjaya develop orang lain menjadi seperti mereka. Sehingga kini terdapat sekitar 1,500 orang dalam team,” katanya.

Matlamat tahun ini katanya, dia mahu merekrut lebih ramai ejen kerana dalam keadaan pandemik, ramai orang berdepan pemotongan gaji atau diberhentikan kerja, jadi  dia merasakan tanggungjawabnya lebih besar untuk membantu lebih ramai menjana pendapatan.

Dermova kini menawarkan rangkaian produk Dermova Dream Skin Gel Moisturizer, Dermova Hydrating Acne Serum dan Dermova Glow Cleansing Cream. Selain itu, Dermova turut mengeluarkan cecair disinfectant, Hale Nimbus iaitu cabang produk berkaitan kesihatan.

Justeru katanya, bagi yang berminat menjana pendapatan bersamanya layari laman web, Instagram dan Facebook Dermova.

Isz Yusliza

Senior Writer

Be your own kind of beautiful.

No Comments Yet

Comments are closed