Solekan sempurna bermula dengan foundation dan boleh dikatakan ia sebagai produk makeup yang wajib ada agar kamu boleh melindungi kulit dari sebarang cela.

Bahkan kulit kusam pun mampu kelihatan menyerlah dengan sapuan foundation. Pendek kata, foundation ini ibarat susuk moden untuk wanita kelihatan anggun beserta teknik solekan yang tepat.

Jenama tidak asing, Sephora Collection kali ini menampilkan Best Skin Ever Collection, hibrid makeup-skincare generasi terbaru yang memfokuskan untuk membantu kamu mencapai kulit terbaik – dengan pantas, sepanjang hari dan hari demi hari.

 

Foundation untuk complexion sempurna dengan 48 shades 

sephora collection foundation

Foundation cecair Best Skin Ever Collection ini menambahbaik kulit hari demi hari, terima kasih kepada ekstrak alga perang dan asid hyaluronic dari alga merah yang menawarkan hidrasi 12 jam dan melindungi kulit dengan bahan anti-pencemaran.

Dicipta dengan formulasi vegan, foundation ini akan menjadikan asas kulit kamu lebih baik dengan bahan-bahan yang terbaik dan bersih.

Multitasker yang hebat ini menggabungkan makeup dan skincare terbaik, kamu boleh mengharapkan warna kulit yang lebih sekata dan cahaya yang bersinar dari dalam – walaupun tanpa sedikit solekan, 31% wanita memiliki complexion kulit yang lebih sekata sementara 38% daripada mereka memiliki kulit bersinar dan glowing hanya selepas 28 hari.

100% wanita bersetuju bahawa foundation Best Skin Ever Sephora Collection memberikan mereka kulit terbaik kerana ia selesa dipakai seharian dengan kemasan semula jadi.

 

Lengkapkan asas solekan dengan concealer dan rasai perbezaannya

Concealer memiliki fungsi untuk menutupi atau menyamarkan beberapa kekurangan pada wajah, seperti noda dan cela di wajah, jerawat, bekas jerawat, kemerahan serta lingkaran gelap di bawah mata.

Sephora Collection Best Skin Ever Concealer adalah jawapannya malah dengan formulasi hibrid yang sama menjadikan hero kulit ini lebih dari membantu kulit wajah kusam tapi tampil berseri semula juga menjadikan kulit kamu flawless.

 

 Berus solekan membantu sapuan lebih sempurna 

Inginkan solekan menghasilkan kesan kulit yang mulus? Itu semua ada dalam berus ini. Pasangkan Sephora Collection Best Skin Ever Foundation atau Concealer dengan berus klasik Sephora Collection. Semasa menyapu kulit kamu, berus ini melakukan semua kerja untuk memastikan kamu mencapai kulit tanpa cela dengan mudah.

 Untuk menggunakan foundation cecair dengan ketepatan ultra, Classic Foundation Brush 01 adalah pertaruhan terbaik kamu. Kepala berbentuk lidah kucing yang runcing sekata dan melicinkan foundation tanpa terasa berat.

 Perlukan sentuhan yang lebih halus? Bulu pendek dan padat dari Classic Concealer Brush 02 dapat menangani semua tekstur concealer dan corrector untuk membantu menyamarkan kemerahan, lingkaran hitam, dan banyak lagi tanpa kesan seperti topeng yang tidak diingini.

 

Asas penjagaan kulit penting dengan Sephora Collection Skincare

Dalam keterujaan merias wajah dengan pelbagai alat solek, ramai terlupa asas kepada solekan iaitu kulit sihat dengan rutin penjagaan kulit yang betul.

Setiap orang harus mula mengambil berat keadaan kulit mereka dan menjaganya dari awal agar terhindar daripada masalah seperti jerawat, bintik hitam dan pelbagai keadaan lain yang boleh ‘mencacatkan’ penampilan.

Ini kerana kulit wajah yang sihat dan terjaga lebih memudahkan proses solekan dan setiap orang harus berdisiplin dalam melakukan rutin penjagaan kulit.

Berikut antara produk skincare dari Sephora Collection yang boleh kamu cuba untuk mendapatkan kulit sihat dan berseri.

 

#1 SEPHORA COLLECTION Triple Action Cleansing Micellar Water

#2 SEPHORA COLLECTION Gentle PH Balancing Toner

#3 SEPHORA COLLECTION Ultra Glow Serum

Semua produk ini boleh didapati di outlet Sephora atau dapatkan secara dalam talian di  sephora.my.

Isz Yusliza

Senior Writer

Be your own kind of beautiful.

No Comments Yet

Comments are closed