Tip Tangani Masalah ‘Bad Mood’ sewaktu datang bulan
Ketika atau beberapa hari sebelum datang haid, kebanyakan wanita selalu mengeluh berhadapan dengan masalah ‘bad mood.’

Dalam usia produktif, inilah antara masalah lazim yang dilalui oleh kebanyakan wanita. Selain gangguan emosi atau ‘moody,’ ada juga antara kita mengalami masalah sakit atau ketegangan pada bahagian bawah perut.

Masalah inilah yang mempengaruhi perubahan emosi bagi sesetengah wanita ketika datang bulan atau haid.

Situasi ini boleh menyebakan individu yang mengalaminya mudah berubah-ubah emosi seperti   seperti cepat marah, sedih, menangis, dan sebaginya.

Inilah yang dinamakan sebagai Premenstrual Syndrome (PMS) yang menyebabkan ketidakstabilan emosi seseorang wanita.

Jadi, apakah puncanya?

Tip Tangani Masalah ‘Bad Mood’ sewaktu datang bulan

  1. Ketidakseimbangan Hormon

Ketika datang bulan, hormon estrogen dan progesteron akan mempengaruhi seseorang wanita. Inilah yang akan mempengaruhi nafsu makan, emosi atau mood serta jadual tidur seseorang wanita. Kecenderungan emosi jadi tak stabil dan sensitif boleh berlaku dalam tempoh tersebut.

Situasi ini adalah normal kerana ia melibatkan pengaruh hormon di dalam badan individu. Walau bagaimanapun, jika keadaan ini mengganggu perjalanan kehidupan harian kamu. Ya, kamu boleh mendapatkan nasihat dan rawatan daripada pakar untuk menanganinya.

Tip Tangani Masalah ‘Bad Mood’ sewaktu datang bulan

  1. Tidak Cukup Tidur

Masalah kurang tidur memberi pengaruh yang sangat besar dalam perubahan emosi individu. Sewaktu haid, hormon serotonin wanita akan menurun. Hal ini boleh boleh mempengaruhi kualiti tidur individu.

Jadi, elakkan dari berjaga malam atau suka tidur lewat malam. Sebainya, kamu aturlah jadual tidur secara rutin. Disiplinkan diri unutk mematuhi jadual tidur sejak dari awal, bukan hanya sewaktu datang bulan sahaja!

Tip Tangani Masalah ‘Bad Mood’ sewaktu datang bulan

  1. Tekanan/Stress

Keadaan tertekan atau stress berkemungkinan menyebabkan individu lebih banyak berfikir. Hal ini boleh menjadikan emosi individu jadi tidak stabil.

Sekiranya kamu berada dalam keadaan stress ia memberi pengaruh yang sangat besar terhadap emosi atau ‘mood’ individu sehingga jadi tidak menentu.

Jika perkara ini berpanjangan, ia akan memberi kesan terhadap kesihatan mental individu. Jadi, sebaiknya kamu perlu melakukan atau memikirkan perkara-perkara yang positif bagi menangani masalah ketegangan emosi ini.

Manakala tip berikut pula boleh membantu kamu menangani masalah ‘bad mood’ tersebut!

Tip Tangani Masalah ‘Bad Mood’ sewaktu datang bulan

  1. Bersenam

Bersenam adalah salah satu cara yang sangat berkesan untuk menangani masalah ‘bad mood’ yang muncul secara tiba-tiba. Ketika bersenam, tubuh kamu akan menghasilkan hormon endorfin yang boleh membantu meningkatkan perasaan tenang atau gembira. Sudah tentu ia boleh meredakan ‘stress’ atau tekanan yang sedang kamu lalui pada masa tersebut.

Tip Tangani Masalah ‘Bad Mood’ sewaktu datang bulan

  1. Banyakkan Minum Air Kosong

Ketika haid atau datang bulan, kamu digalakkan untuk lebihkan pengambilan air kosong. Elak mengambil minuman bersoda, beralkohol atau kafein. Jika air dalam badan mencukupi, ia akan membantu tubuh kamu jadi lebih segar dan tidak mudah penat.

Tip Tangani Masalah ‘Bad Mood’ sewaktu datang bulan

  1. Berehat

Jangan abaikan waktu rehat kerana badan kamu memerlukan rehat yang cukup setiap hari! Cara ini boleh menangani masalah ‘bad mood’ ketika datang bulan.  

Jika perlu, gunakan penutup mata khusus sewaktu ingin tidur. Ia boleh membantu kamu memperoleh tidur yang lebih nyenyak.

Usahakan untuk memperoleh tidur yang cukup, antara 7 hingga 8 jam sehari.

Itulah antara perkongsian ‘simple’ yang boleh SoCantik kongsikan di sini. Semoga kamu boleh mencuba langkah-langkah mudah tersebut di samping terus kekal menjaga kesihatan tubuh agar kekal bertenaga sepanjang masa, walaupun di luar waktu menstruasi!

Fana Adenan

Senior Writer

Everybody has the potential to make beautiful things. YES, YOU!

No Comments Yet

Comments are closed