Walaupun pasaran kita dibanjiri pelbagai jenama kecantikan Korea, AHC menonjol sebagai satu-satunya jenama penjagaan kulit yang asalnya dihasilkan untuk klinik estetik premium di Korea Selatan.

Berbekalkan pengalaman lebih 20 tahun, AHC merupakan peneraju jenama kecantikan Korea yang terkenal dengan ramuan kelas premium, teknologi canggih, serta produk penjagaan kulit kelas mewah namun mampu dimiliki – termasuk rangkaian Luminous Glow Eye Cream for Face – jenama krim mata No. 1 di Korea Selatan.

AHC Korea

Produk baru ini memberikan kesan rejuvenasi dan menawarkan rawatan pencerahan kulit premium dari Korea Selatan menerusi krim pencerah 2-dalam-1 bagi mata dan wajah. Malahan, ia terbukti secara klinikal dapat mencerahkan kulit dan mengurangkan kedutan dalam 14 hari.

Ia merupakan sejenis produk multi-dimensi yang mampu mengatasi lebih 8 masalah kulit dalam satu langkah mudah bagi mencapai kulit lebih cerah dan berseri.

 

Gabungan bahan unik dan khusus untuk kulit berseri dan anti-penuaan

Luminous Glow Eye Cream for Face mengandungi sejenis bahan baru yang eksklusif daripada AHC, iaitu Gluta-I ™ Complex, gabungan bahan unik dan khusus, yang menawarkan manfaat kulit berseri dan anti-penuaan bagi produk ini.

Diuji dermatologi dan selamat untuk semua jenis kulit, krim yang dibangunkan khususnya untuk wanita Asia Tenggara ini menampilkan gabungan ramuan termasuk glutathione yang kaya antioksidan, alpha-bisabolol yang melegakan kulit, derivatif vitamin C, asid hialuronik yang mencerahkan kulit, serta adenosin untuk merangsang penghasilkan kolagen, bagi memperoleh keputusan yang terbukti secara klinikal dalam 2 minggu.

Malah, teknologi mikro kapsul yang dipatenkan dapat menstabilkan komponen aktif dalam Gluta-I™ Complex, sekaligus meningkatkan penyerapan bagi menyerikan lagi kulit.

Untuk keputsan terbaik, ia disarankan untuk digunakan di sekitar mata dan wajah, dan kemudian diurut dengan lembut untuk meningkatkan penyerapan.

 

Bintang K-drama Cho Hye-Joo dilantik duta AHC

Bersempena pelancaran ini, AHC telah melantik bintang Korea Selatan yang sedang melonjak naik, Cho Hye-Joo sebagai duta jenama terbaru.

Bukan sahaja wanita yang mewakili keyakinan dan kecantikan, malah terkenal dengan kesungguhannya untuk berkongsi petua penjagaan kulit, Cho Hye-Joo sememangnya duta yang paling sempurna untuk AHC.

Luminous Glow Eye Cream for Face didatangkan dalam dua saiz, iaitu 30ML dan 12ML yang masing-masing berharga RM99 dan  RM42. 

Kamu boleh mendapatakan mana-mana produk ini secara berasingan di Watsons, SASA (secara luar talian dan dalam talian), serta kedai rasmi dalam talian AHC di Lazada, Shopee, Zalora dan Hermo

Untuk maklumat lanjut mengenai AHC, layari laman web AHC, atau laman media sosial AHC: Facebook, Instagram dan Youtube.

Isz Yusliza

Senior Writer

Be your own kind of beautiful.

No Comments Yet

Comments are closed