Terkurung di rumah sepanjang lockdown ini? Ikuti tips kecantikan berikut untuk ‘makeover’ dari hujung rambut hingga hujung kaki sepanjang berada di rumah!

Pasti ramai yang merungut setiap kali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan kerajaan. Pergerakan yang terhad dan sekatan bersosial boleh meningkatkan kadar tekanan pada emosi individu.

Namun, inilah satu-satunya tanggung jawab yang perlu kita lunaskan demi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Bagi yang terpaksa bekerja dari rumah (WFH), gunakan peluang ini untuk menambah baik kecantikan diri sendiri. Menarik kan?

Walaupun kamu tiada keperluan untuk ‘bersiap’ seperti memakai solekan sepanjang berada di rumah. Ia tidak bermaksud kamu perlu mengabaikan rutin penjagaan diri!

Sudah tiba masanya untuk kamu kemas kini rutin penjagaan kecantikan diri kamu demi kebaikan diri sendiri.

Inilah masa yang paling sesuai untuk kamu memberi perhatian kepada penjagaan kecantikan yang lebih optimum pada diri sendiri.

Bagi yang berhijab pula, peluang ‘stay at home’ adalah masa yang paling sesuai untuk kamu memperbaiki kesihatan kulit kepala dan rambut kamu.

Total Lockdown adalah masa terbaik unutk kamu manjakan diri dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki!

 

1. Memelihara kelembapan tangan

Tips Cantik Sepanjang Lockdown

Kerap membasuh tangan adalah antara normal baharu yang perlu dilakukan oleh setiap individu di musim pandemik ini. Tapi ia boleh menyebabkan masalah kulit menjadi kering!

Jadi, ambil peluang sepanjang lockdown ini dengan memperbaiki kelembapan kulit tangan dengan membasuh tangan menggunakan air sejuk. Keringkan tangan dengan tuala kecil dan jangan lupa menyapu losen pelembap dengan kerap.

Pada waktu malam pula, sapukan losen dengan jumlah yang lebih banyak daripada penggunaannya di siang hari.

Kemudian kamu boleh menyarungkan sarung tangan khusus bagi menggalakkan penyerapan losen tersebut (ia tidak perlu dilakukan sekiranya kamu berada di persekitaran yang lembap).

 

2. Manjakan rambutmu

Tips Cantik Sepanjang Lockdown

Tanpa perlu menggunakan alat pengering rambut, alat pemanas untuk melurus dan mengerinting rambut disebabkan lockdown. Sudah tentu keadaan rambut kamu jadi lebih baik dari sebelum ini.

Tapi, jangan biarkan rambut kamu tidak terjaga pula sepanjang duduk di rumah. Penjagaan rambut ideal, bukan sekadar menyapu minyak rambut, membasuh dan memakai perapi semata-mata.

Kamu perlu syampu rambut dengan memberi tumpuan khusus pada pembersihan kuit kepala. Gunakan perapi rambut dan urut perlahan rambut dengan sikat yang bergigi jarang. Selepas mandi, sapu serum kegemaran kamu pada rambut.

Keringkan rambut hanya dengan menggunakan tuala yang diperbuat daripada micro-fibre atau t-shirt daripada kain kapas. Ia boleh menangani masalah rambut putus.

Lakukan deep condition seminggu sekali untuk mengelak masalah rambut kusut di samping menguatkan folikel rambut kamu. Sapukan juga minyak rambut tapi jangan biarkan ia berjam-jam pada rambut.

 

3. Belai kakimu

Tips Cantik Sepanjang Lockdown

Sepanjang bekerja, ramai yang mengabaikan penjagaan kaki. Inilah masa yang sesuai unutk kamu mula meberikan perhatian khusus pada penjagaan kaki.

      1. Rendam kaki dengan air suam dan bersihkan setiap bahagian pada kakimu dengan sabun dan gunakan berus khusus.
      2. Gosok bahagian kaki, khususnya tumit kaki yang memiliki kulit keras yang tidak rata dengan menggunakan batu khusus (pumice stone) atau foot file.
      3. Potong kuku kaki dan gunakan file untuk mengasah bahagian sudut kuku kaki kamu.
      4. Gunakan krim pelembap untuk melembapkan kulit kaki. Waktu terbaik, adalah sebelum tidur malam.Tips Cantik Sepanjang Lockdown

5. Pakai stoking bagi mengelak kaki kamu terlekat habuk dan kotoran sejurus memakai krim pelembap.

 

4. Memperbaiki kulit

Tips Cantik Sepanjang Lockdown

Kamu tidak perlu ke spa kecantikan atau lambakan produk yang banyak untuk mula menjaga atau memperbaiki kesihatan kulit kamu.

Ikut tips penjagaan kulit di musim lockdown ini supaya kulit kamu kembali sihat dan bertambah cantik sejurus kembali ke pejabat atau ke kolej nanti.

      1. Disiplinkan diri kamu untuk ikuti langkah penuh penjagaan kulit secara rutin ini. Bersihkan kulit dua kali sehari iaitu pagi dan malam. Pemakaian sunscreen memerlukan kamu melakukan teknik double cleanse di sebelah petang. Sama ada kamu menggunakan dua jenis pencuci berbeza atau bersihkan wajah dua kali menggunakan pencuci yang sama.Tips Cantik Sepanjang Lockdown
      2. Menghidrat kulit secara kerap. Jika kulit terasa tegang selepas mandi, ia menandakan kulit kamu mengalami dehidrasi. Ia tidak selesai dengan hanya menyapu pelembap. Tapi kamu perlu pastikan, minum air yang mencukupi (sekurang-kurangnya 2 liter!). Jika kamu menggunakan produk kecantikan yang mengandungi asid hyaluronic. Gunakan produk tersebut sepenuhnya! Malah, semburan penyejuk wajah juga boleh membantu menangani masalah kulit kering.
      3. Tak semua orang memerlukan penjagaan kulit wajah yang terlalu ‘detail.’ Jadi, rutin penjagaan wajah kamu tidak semetinya perlu sama setiap hari. Keadaan kulit akan berubah-ubah dari semasa ke semasa. Jadi, jaga wajah kamu mengikut keadaan atau keperluan kulit dari semasa ke semasa.
      4. Pemakaian masker wajah adalah kaedah terbaik untuk merehatkan kulit. Penggunaan bahan-bahan semula jadi sangat digalakkan.
        Sebaiknya kekalkan penggunaan bahan atau produk yang serasi mengikut keadaan kulit kamu. Ini bukan masa yang sesuai untuk bereksperimen kerana sukar untuk kamu keluar mendapatkan bantuan sekiranya kulit kamu bermasalah dalam waktu-waktu pandemik ini.
      5. Sunscreen kekal sebagai salah satu keperluan walaupun kamu hanya duduk di rumah. Pemakaiannya boleh menghalang masalah seperti pigmentasi dan garis halus terjadi dengan lebih teruk.

Jika kamu berada di dalam kediaman sepanjang hari, sinar ultraviolet masih boleh menembusi tingkat kediaman kamu. Jadi, gunalah sunscreen yang boleh menghalang sinar UVA dan UVB.

 

5. Lakukan aktiviti fizikal

Tips Cantik Sepanjang Lockdown

Kurangnya pergerakan aktiviti fizikal ia turut mempengaruhi kesihatan kulit dan rambut kamu. Pergerakan yang aktif boleh meningkatkan metabolism individu.

Metabolisme yang sihat boleh meningkatkan kualiti kesihatan kulit dan rambut. Jadi, jangan abaikan rutin senaman sepanjang keberadaaan kamu di rumah.

Aktiviti naik turun tangga atau berjalan-jalan selama 20 minit boleh membantu kamu mengekalkan momentum kesihatan tubuh sepanjang lockdown ini.

 

6. Elak makan makanan diproses

Tips Cantik Sepanjang Lockdown

Ramai yang megambil jalan mudah dengan menikmati makanan yang diproses. AWAS! Ia boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang lebih berat jika diamalkan selalu.

Sebaiknya pilih bahan makanan yang segar dan sihat sepanjang kamu berada di rumah! Nikmati makanan yang lengkap kandungan vitamin, mineral dan anti-oksidannya.

Tips yang boleh kamu lakukan, nikmati sebanyak mungkin makanan berwarna yang semula jadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

Gunakan peluang lockdown ini untuk kamu melakukan tips kecantikan yang boleh memberikan impak sihat dan segar pada kulit, rambut serta meningkatkan imuniti tubuh kamu.

Kurangkan pengambilan makanan pedas berempah, sebaliknya lebihkan makanan seperti kekacang dalam menu diet harian kamu. Tambah pengambilan makanan seperti ikan atau kapsul omega 3 untuk menjadikan kulit kamu lebih sihat bersinar.

 

7. Kekal cantik dengan tips penjagaan kesihatan diri ini!

Tips Cantik Sepanjang Lockdown

Ubah persepsi minda jadi lebih positif di waktu pandemik ini. Selain meluangkan masa dengan melakukan aktiviti hobi kamu, pastikan kamu kekal menjaga kesihatan tubuh dan minda setiap hari!

Ada kelebihannya sewaktu lockdown ini. Kamu tidak perlu memeningkan kepala unutk bersolek atau berdandan.

Ikuti tips yang disarankan di atas untuk kamu ambil peluang ini menjaga kecantikan kulit dan tubuh kamu secara lebih serius.

Fana Adenan

Senior Writer

Everybody has the potential to make beautiful things. YES, YOU!

No Comments Yet

Comments are closed