Detik yang dinantikan akhirnya menjelma. Jutaan peminat siri drama popular Friends berkongsi keterujaan masing-masing selepas berpeluang menonton Friends: The Reunion.

Kisah Chandler, Rachel, Joey, Monica, Phoebe dan Ross enam sahabat yang sentiasa mencuit hati kembali menemui para peminat seluruh dunia menerusi tayangan Friends: The Reunion yang disiarkan secara secara eksklusif di Astro GO, HBO Go dan saluran Astro HBO (ulangan).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Malaysia (@astromalaysia)

Ramai yang membesar dengan sitkom persahabatan ini yang mula ditayangkan sejak dari tahun 1994 lagi.

Mungkin ramai yang tidak tahu proses penggambaran sitkom komedi ini melibatkan kehadiran penonton secara langsung dan ia berjalan dalam tempoh yang agak lama untuk satu-satu sesi penggambarannya.

Selama 10 tahun siri popular ini ditayangkan, ia merupakan sebuah siri televisyen sangat popular dan memiliki peminat dari seluruh dunia.

Bukan sekadar kisah persahabatan mereka berenam yang selalu menjadi inspirasi kepada golongan anak muda yang menontonnya.

Malah, fesyen dan gaya para pelakonnya sentiasa menjadi ikutan para pengikut fesyen 90-an kala itu. Antaranya ialah trend atau gaya rambut ala Rachel Green.

Sitkom popular ini mengenengahkan kisah perjalanan kehidupan enam sahabat menuju kedewasaan. Mereka saling memerlukan sokongan dan dorongan antara satu sama lain dalam menuju kedewasaan tersebut.

Siri ini juga telah menyentuh pelbagai tema dalam jalan ceritanya sekali gus mengangkat kepelbagaian masalah budaya dalam masyarakat secara halus menerusi genre komedinya.

Inisiatif ini juga menjadikan siri drama komedi ini mampu bertahan lama. Jika mereka mengambil langkah radikal, sudah tentu ia tidak mampu bertahan menjadi siri televisyen paling popular sepanjang zaman.

Dalam episod terakhir siri ini, kira-kira 17 tahun yang lalu, Rachel telah mengorbankan kariernya yang sedang berada di kemuncak demi kembali ke pelukan Ross dan membesarkan anak mereka bersama-sama.

Monica dan Chandler pula berpindak ke pinggir bandar selepas mendapat bayi kembar yang mereka impikan selama ini. Manakala Phoebe pula berkahwin dengan Mike dan tinggallah Joey yang terus membujang.

Tahun 2021, kini siri ini telah berusia 27 tahun. Nyata sehingga ke hari ini mereka masih berjaya mendapat perhatian penonton dari generasi baharu. Siri ini terus menjadi tontonan popular menerusi perkhidmatan ‘streaming’ di serata dunia.

Selepas 17 tahun iaitu kali terakhir sitkom Friends disiarkan kini ia kembali menemui para peminatnya yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia.

Sudah tentu tanyangan eksklusif edisi ‘comeback’ sitkom popular Friends ini mampu menarik minat lebih ramai penonton generasi baharu dan lebih muda untuk menjadi ahli baru ‘kelab peminat’ mereka.

Fana Adenan

Senior Writer

Everybody has the potential to make beautiful things. YES, YOU!

No Comments Yet

Comments are closed