Relevankah rawatan kecantikan untuk vagina? Adakah keperluan dan kepentingan untuk seorang wanita melakukan rawatan kecantikan vagina?

Vajacial adalah salah satu rawatan spa kecantikan khusus untuk bahagian intim wanita dan mula popular sejak sepuluh tahun yang lalu di barat.

Perkataan Vajacial pula dipopularkan menerusi ringkasan gabungan kepada perkataan ‘vagina’ dan ‘facial.’

Apa kata pakar?
Profesor Dr. Leah Millheiser

Terdapat lambakan artikel yang menjelaskan bagaimana rawatan ini dilakukan dan menjelaskan tentang faedah-faedah yang bakal diperoleh menerusi rawatan ini.

Namun masih sedikit perbincangan tentang keperluan dan keselamatan mengenai trend ini.

SoCantik tertarik dengan penjelasan yang dikongsikan oleh Profesor Dr. Leah Millheiser, pakar obstetrik dan pakar sakit puan dari Pusat Perubatan Universiti Stanford tentang keperluan dan keselamatan trend Vajacial ini.

 

Adakah keperluan memanjakan ‘Miss V’?

Kemaluan cantik dengan Vajacial

Secara asasnya Vajacial ini ibarat wajah kepada bahagian vulva (bukan vagina). Secara anatomi, Vajacial tidak melibatkan faraj individu kerana faraj atau vagina itu merangkumi saluran dalaman bahagian intim wanita.

Dr. Millheiser menegaskan bahawa, Vajacial dilakukan pada bahagian vulva dan bukan pada bahagian vagina. Rawatan Vajacial hanya fokus pada garis bikini (bikini line) iaitu bahagian luaran kemaluan yang berbentuk ‘V’ iaitu di tempat bulu kemaluan tumbuh serta bahagian luaran labia.

Kebiasaannya, rawatan Vajacial ini ditawarkan selepas individu selesai melakukan proses penyingkiran bulu kemaluan sama ada menggunakan kaedah laser, waxing atau bercukur.

Kebanyakan wanita akan rasa kurang selesa sekiranya bahagian intim mereka ditumbuhi bulu, berlaku keradangan atau timbulnya masalah ‘ingrown hair’ (rambut yang tumbuh ke dalam). Atas faktor tersebut, ia mendorong wanita untuk melakukan rawatan kecantikan terhadap bahagian ‘Miss V’ tersebut.

Kemaluan cantik dengan Vajacial

Kebanyakan spa atau pusat kecantikan yang menawarkan kaedah rawatan Vajacial ini akan melakukan kaedah menggunakan terapi cahaya merah (infrared therapy) bagi menyingkirkan bakteria di samping rawatan pencerahan kulit untuk mengurangkan perubahan warna dan hiperpigmentasi pada bahagian vulva.

Walau bagaimanapun, Dr. Millheiser tidak menyarankan para wanita mendapatkan kaedah rawatan Vajacial ini.

“Dari sudut perubatan, rawatan ini tidak perlu. Malah kaum wanita tidak perlu merasakan bahawa rawatan Vajacial ini penting sehingga meletakkan ia sebagai salah satu keperluan dengan alasan untuk menampakkan ‘Miss V’ kelihatan bersih dan cantik,” tegas pakar ini.

Sebaliknya, kaedah Vajacial ini lebih banyak mendatangkan kemudaratan berbanding kebaikan.

MENARIK JUGA UNTUK DIBACA: Jangan Pandang Ringan Lelehan Luar Biasa Faraj, WAJIB Jumpa Doktor Segera Jika…

Kemaluan cantik dengan Vajacial

Berikut adalah antara FAKTA yang dikongsikan oleh Dr. Millheiser, mengapa para wanita tidak perlu memanjakan ‘Miss V’ dengan melakukan rawatan Vajacial ini:

1. Ahli estetik kurang pengetahuan tentang kulit dan hormon vulva

Dibimbangi ahli estetik yang melakukan Vajacial ini tidak memiliki pengetahuan yang mendalam tentang kulit vulva dan bagaimana ia berubah mengikut hormon individu.
Kulit vulva jauh lebih nipis dan sensitif berbanding kulit wajah manusia. Contohnya, kulit vulva jadi menipis sewaktu wanita menghampiri dan mengalami menopaus.
Sekiranya seorang pakar estetik melakukan teknik pengelupasan vulva yang terlalu kuat ia dibimbangi akan merosakkan kulit wanita menopaus sehingga boleh menyebabkan kulit melepuh.
Jika individu tetap berhasrat untuk melakukan Vajacial, Dr. Millheiser menyarankan mereka mendapatkan informasi terperinci tentang kesihatan ‘Miss V’ mereka terlebih dahulu  daripada doktor pakar bagi mengetahui keadaan hormon dan tisu kulit vulva mereka.

2. Risiko jangkitan

Sukar memastikan sama ada sesebuah spa atau salon kecantikan itu mengambil langkah-langkah kesihatan yang ketat khususnya dalam pengendalian kebersihan peralatan yang digunakan.
Seharusnya, spa atau salon kecantikan yang menawarkan rawatan Vajacial ini perlu memiliki persekitaran seperti sebuah klinik yang dilengkapi dengan mesin serta perlatan pensterilan.
Bagi mencegah jangkitan pula, peralatan yang digunakan oleh juru estetik tidak boleh dipakai secara berulang kali kepada pelanggannya.
Lebih membimbangkan lagi, jangkitan penyakit menerusi hubungan seksual boleh berlaku sekiranya pakar estetik melalakukan kaedah rawatan menghilangkan bintik hitam atau bintik putih pada vulva.
Luka terbuka boleh mengakibatkan jangkitan pada vulva. Menerusi luka tersebut jugalah individu bersiko tinggi mendapat jangkitan penyakit menerusi hubungan seksual.

3. Rengsa & Radang akibat Vajacial

Sekiranya kaedah Vajacial melibatkan pemakaian krim pencerah atau pemutih ia berisiko menimbulkan tindak balas tertentu pada bahagian vulva.
Vulva sangat sensitif terhadap reaksi alergi kepada sesuatu produk kerana ia tidak seperti kulit wajah manusia. Vulva lebih mudah terkena dermatitis iaitu ruam kulit yang disebabkan oleh rengsaan.

 

Cara Merawat Bulu ‘Miss V’ Yang Tepat

Kemaluan cantik dengan Vajacial

Dr. Millheiser menyarankan wanita menggunakan bahan pengelupasan (exfoliator) lembut pada vulva dan BUKAN pada VAGINA.  Sebaiknya ia dilakukan beberapa hari sebelum melakukan waxing atau bercukur.

“Sebaiknya lakukan kaedah exfoliator ini tiga kali dalam seminggu bertujuan membuang sel-sel kulit mati dan membantu mencegah masalah ingrown hair.

“Bagi mengelak rsisko jangkitan yang lebih teruk belaku, sebaiknya individu melakukan teknik exfoliation sendiri di rumah dengan menggunakan produk-produk khusus yang lebih selamat dan terjamin kebersihannya,” nasihat Dr. Millheiser kepada para wanita di luar sana.

Dr. Millheiser turut menasihati agar para wanita mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar sakit puan atau pakar dermatologi sebelum melakukan sesuatu rawatan kecantikan yang melibatkan bahagian ‘Miss V’ ini seperti penyingkiran bulu merusi laser, waxing dan sebagainya. Ini bagi memastikan tiada sebarang gangguan terjadi kepada vulva secara berterusan.

Jadi, apa pula pandangan kamu tentang rawatan memanjakan ‘Miss V’ ini?

Fana Adenan

Senior Writer

Everybody has the potential to make beautiful things. YES, YOU!

No Comments Yet

Comments are closed