Baru-baru ini tular di media sosial mengenai isu selebriti, Datin Paduka Eina Azman dan suami yang didakwa memotong barisan vaksin di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh Perak.

Spekulasi itu bermula apabila Eina memuatnaik gambar dia dan suaminya mendapatkan vaksin Pfizer di Ipoh pada 25 Mei lalu dan menerima reaksi netizen yang mempersoalkan bagaimana Eina mendapatkannya.

Eina, 26, bagaimanapun telah memadam hantaran gambarnya bersama suami dengan plakad ‘Saya Sudah Divaksin’ tidak lama kemudian.

Bagaimanapun, Pengarah hospital berkenaan menafikan dakwaan ‘potong barisan’ sebaliknya pemberian suntikan itu adalah berdasarkan kepada rujukan oleh doktor pakar yang telah merawat pasangan ini atas masalah kesihatan dan komorbid yang dihadapi oleh mereka.

Kenyataan rasmi berkenaan telah dimuat naik di laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut menolak tuduhan berkenaan potong barisan seperti yang dinyatakan oleh netizen di media sosial.

Tiada isu “potong barisan” dalam pemberian suntikan vaksin ini dan pasangan ini telah dimasukkan ke dalam senarai penerima vaksin atas nasihat doktor pakar yang merawat kerana pesakit dikategorikan sebagai golongan yang berisiko tinggi.

Pasangan ini telah menerima suntikan vaksin Covid-19 di PPV, Hospital Raja Permaisuri Bainun pada 25 Mei 2021.

Berikut kenyataan penuh Pengarah HRPB, Dr Abdul Malek Osman.

Bagaimanapun, hasil tinjauan di media sosial masih ramai yang mempersoalkan kelayakan Eina dan suami untuk mendapatkan vaksin itu di Ipoh sedangkan dipercayai pasangan ini bukan tinggal di negeri itu.

Ada juga netizen yang mempertikaikan kewajaran mereka mendapatkan vaksin berkenaan sedangkan ada sesetengah ibu bapa kategori warga emas dan berpenyakit kronik masih belum menerima sebarang tarikh temujanji suntikan sehingga kini.

Apa-apa pun, kita harus berbangga sebab semakin ramai ada kesedaran mengambil vaksin sampaikan semalam dikatakan website pendaftaran vaksin jenis AstraZeneca ‘jammed’ dan khabarnya dalam tempoh kurang sejam tempahan ditutup.

Isz Yusliza

Senior Writer

Be your own kind of beautiful.

No Comments Yet

Comments are closed